
"Hadiah ini saya berikan kepada pelajar terbaik bagi subjek ini. Dia memperolehi markah sebanyak 96/100" .
Tepukan yang gemuruh dari pelajar-pelajar lain. Pelajar itu pun keluar dan mengambil hadiah dari Ustaznya. Hadiah itu merupakan sebuah buku.Tercoret di dalamnya kata-kata motivasi dari seorang Ustaz kepada pelajarnya. Doa seorang ustaz kepada anak muridnya supaya mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat. Tertulis sekali di dalamnya nama penuh pelajar tersebut.
Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut.Sungguh, pelajar itu bukan calang-calang orangnya.
Dia berjaya mendapat keputusan yang tinggi sehingga melayakkan dirinya untuk mendapat anugerah DEKAN (dean award). Memang selayak-layaknya dia mendapat aungerah itu. Setimpal dengan usahanya itu. Tahniah adek! =)
Setelah kuliah tamat, aku dan teman aku seorang ini mengucapkan tahniah kepada pelajar tersebut. Kami meminta izin untuk melihat buku yang diberikan Ustaz kepadanya tadi.
Buku yang ilmiah.
Mengenai sistem perundangan Islam.
Kami mahu melihat di dalamnya. Kami mahu melihat kata-kata yang ditulis oleh Ustaz kepadanya. Tetapi, kami ditahan. Dihalang dari melihat di dalamnya.
"Kenapa tidak boleh? Kami cume mahu melihat kata-kata Ustaz kepada adik sahaja,"
Bertekad juga tidak membenarkan.
Akhirnya, setelah kami berkeras juga mahu melihat isinya, kami berjaya.
Doa tulus seorang Ustaz kepada anak muridnya yang cemerlang, supaya mendapat kemenangan di dunia & akhirat.
Cume, yang sedihnya..........
Namanya yang sebenar telah digaris kesemuanya dan ditulis dengan nama kawannya yang lain. Buku
Bila ditanya mengapa, dia mengatakan,
"Tak gunakan buku ini,"
Mungkin buku ini tidak menepati dengan modul pengajiannya. Tetapi bukankah ia adalah satu hadiah dari seseorang. Sebuah hadiah sebagai satu penghargaan dalam meraikan keputusannya yang cemerlang. Juga sebagai satu semangat untuk pelajar-pelajar lain.
Hargailah hadiah seseorang.
Sebagai mengingati jasa baiknya.
Sekurang-kurangnya, jaga lah perasan pemberi hadiah itu.
Pasti dia merasa sedih dengan kelakuan ini.
Sebuah penghargaan yang tidak dihargai....

