<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7910450860593578105&amp;blogName=Life+Is+Full+of+Colours+:-)&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://ahmarul-faatih.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http://ahmarul-faatih.blogspot.com/&amp;vt=-3243703282376433592" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

قال تعالى


"ٳنما المؤمنون ٳخوة. فاصلحوا بين أخويكم"


!~Jangan berhutang!
Friday, February 4, 2011

Semalam, aku seorang pergi ke Johor dengan mak & ayah. *feeling jadi anak tunggal skjap* Adik yang begitu liat untuk bangun pagi tidak mahu ikut serta. Abang pula 'extremely' rajin untuk bekerja pada hari CNY =.= Kakak yang sudah berkeluarga tiba-tiba mengatakan zauj nya bekerja pada petang hari. Jadi tinggal lah aku yang sememangnya 'suka untuk berjalan' untuk turut serta ke Johor. Lagipun, tujuan asal ke Johor adalah untuk men-'depositkan' wang perbelanjaan dalam akaun Bank Islam aku, yang hanya tinggal 'nyawa-nyawa ikan' sahaja. =D

Kami ke sana menaiki kereta.

Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri. Hanya mendengar celoteh emak aku. Biasanya kalau emak sudah 'conquer' bidang perbualan, yang lain hanya mendengar sahaja. Kadang-kadang bila perlu, akan ditokok-tambah serta disuarakan pendapat masing-masing.

Salah satu isu yang diperbincangkan oleh emak aku adalah mengenai isu berhutang.

Aku memang amat maklum tentang sifat emak yang amat sensitif mengenai hutang. Pantang berbicara tentang topik hutang ini. Seolah-olah emak sangat 'taboo' dengan perkataan itu.Aku memang kagum dengan cara emak mengelakkan diri dari berhutang. Sifatnya yang amat berjimat-cermat itu telah banyak 'menyelamatkan' kami sekeluarga daripada terus menerus dihantui dengan beban hutang.

Emak dibesarkan dalam keadaan yang serba susah. Tidak banyak keperluan yang diperlukan. Hanya keperluan asasi sahaja. Sekali-sekala ada juga emak berbelanja dengan belanja yang agak mahal tetapi selari dengan harganya,barangnya itu berkualiti dan tahan lasak.Barang itu juga akan digunakan sampai 'benar-benar haus' & tidak boleh digunakan lagi. Pernah sekali abang mahu membuang kasut Scholl kepunyaan emak yang telah haus, tetapi emak menegah.Emak kata, boleh gunakan lagi untuk pergi pasar. =D

Itu adalah antara tips-tips yang ditunjuk-ajar oleh emak kepada anak-anaknya secara tidak langsung. Tips untuk mengelakkan diri dari berhutang. Belanja hanya bila benar-benar perlu. Selagi barang masih 'in good condition', gunakannya. Jangan nk asyik tukar barang yang baru sahaja.

Sifat jimat-cermat ini memang aku 'salute' dengan emak aku. Emak selalu menceritakan kepada kami, setiap bulan, emak pasti akan simpan $50 dari gaji ayah untuk setiap seorang dari anak-anaknya. Dari kecil lagi, emak sudah menabungkan duit untuk anak-anaknya. Dan kini, alhamdulillah anak-anaknya mampu untuk menyambungkan pelajaran hingga ke peringkat university,tanpa biasiswa mahupun pertolongan dari mana-mana badan. Berkat gigih seorang emak & ayah! Barakallahu feekumaa! =D

Sikap positif ini tidak berhenti setakat apabila anak-anak sudah selesai pengajian. Bahkan apabila anak-anaknya sudah bekerja pun emak masih menabungkan untuk mereka. Tetapi sekarang menabung dengan menggunakan wang dari hasil usaha mereka sendiri. Abang aku yang baru sahaja menjejak ke alam pekerjaan, alhamdulillah, kini masih lagi menabung dengan emak. Setiap bulan, emak akan 'meminta' sebahagian dari gaji nya untuk disimpan kerana mak khuatir abang akan belanja kesemua gajinya itu! *something tats not possible for him* Hahaha.

Emak & ayah selalu berpesan, jangan hutang! jangan hutang! jangan hutang! Bila kita dah berhutang, susah untuk kita keluar dari lingkaran hutang itu. Lagipun dengan phenomena riba yang tidak adil itu, akan menambahkan lagi bebanan hutang kita itu. Silap-silap, hutang itu akan menghantui kita sampai mati!

اللهم انا نعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال


-= published @ Friday, February 04, 2011 =-

Life Is Full of Colours
Smile is contagious

Photobucket



.NURHIDA YUSOFF.
.3rd yr student at Kuliah Fatah Islami,Syria.
.Mood: Life Is Full Of Colours :-)
.Words from Prophet pbuh: [Whenever gentleness is present in something,that thing is beautified. & when gentleness is removed from something,that thing bcums spoiled]


Peace to yr Mind
everione is welcum


My niece~
oooooo....raihanah~ Photobucket