
Esok insha allah adalah harinya. Hari untuk kami berpesta~ Berpesta sakan dengan buku-buku ilmiah yang menghuni PWTC untuk tempoh 9 hari sahaja, bermula dari 22 April hinggal 1 Mei.
Ya allah, semoga kaki yang melangkah esok ke PWTC gagah untuk memilih buku-buku ilmiah yang dapat mematangkan pemikiran serta menambahkan lagi ilmu pengetahuannya. Semoga sentiasa diberi hidayah dan petunjuk-Nya~ *im going crazy over books!
Terima Kasih PMUKM ( www.pmukm.blogspot.com ) atas inisiatif ini! Semoga masyarakat melayu dapat terus membudayakan sikap suka membaca buku,supaya ia dapat terus bersaing dengan masyarakat-masyarakat maju yang lain. Melayu Muslim hari ini sudah jauh ketinggalan. Yok kita kembalikan semula kegemilangan Islam, yang mana mereka menjadikan ilmu sebagai tunjang perjuangan mereka! =D

